Wednesday, 18 April 2012

Formula Tatabahasa


FORMULA TATABAHASA ( 1 )

AYAT PASIF
Ayat pasif terbahagi kepada tiga iaitu:

1.        Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
2.        Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata ganti nama diri kedua.
3.        Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.

Contoh ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.

Subjek
Kata kerja Pasif
Oleh  +  frasa nama
Keterangan

Barang itu

Sampah-sarap

Tembok itu


Istana itu

Sudah diambil

Dibakar


Terlanggar


Terbina

Oleh Ahmad

Oleh abang


Oleh lori


Oleh rakyat

Kelmarin.

Petang tadi.

Pada bahagian bawahnya.

Dalam masa setahun














Contoh ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kata nama diri kedua.

Subjek
Frasa kerja pasif dengan ganti Nama Diri pertama / kedua
Keterangan

Kerja itu

Makanan itu

Makanan itu

Hutang itu

Tugas ini

Beban ini

Sudah saya selesaikan

Belum aku rasai

Belum kurasai

Akan engkau jelaskan

Mesti kami pikul


Akan kita tanggung

Semalam.

Lagi.

Lagi.

Sepenuhnya.

Dengan sepenuh tenaga.

Bersama-sama.




Contoh ayat pasif dengan perkataan kena Yang hadir sebelum kata kerja.

Subjek
Kena
Kata Kerja dasar
Oleh  +  Frasa nama

Pencuri itu

Dia

Mereka

Perajurit itu

Budak-budak itu

Penyeludup itu

Harimau itu

Kena

Kena

Kena

Kena

Kena

Kena

Kena

Tangkap

Tipu

Hasut

Tembak

Kejar

Tahan

Tembak

Oleh polis

Oleh pemuda itu.

Oleh anasir luar.

Oleh pengganas.

Oleh anjing.

Oleh pihak kastam

Oleh pemburu.

Contoh ayat pasif yang mengandungi imbuhan ber- dan k e-…..-an.

Subjek
Predikat

Mereka

Seluruh kampung

Baju itu

Surat anaknya

Kehujanan sepanjang hari.

Kegemparan

Berjahit dengan benang sutera.

Belum berjawab




KATA GANTI NAMA DIRI (PERTAMA) - saya, aku, beta, patik, hamba, kita , kami
KATA GANTI NAMA DIRI (KEDUA) – awak, kamu, tuan, puan, saudara, saudari, kalian
KATA GANTI NAMA DIRI (KETIGA) – dia/ia, nya, beliau, baginda, mereka

Ayat pasif (KGN  1, 2, tiada oleh ), (KGN 3 ada di…oleh atau tiada oleh)
kena…oleh, ter…oleh, ke…an,  ber

1.   Roti itu dimakan oleh saya      (     )                  2.   Roti itu kamu makan.                    (     )
3.   Roti itu dimakan olehnya.       (     )                  4.   Roti itu mereka makan.                 (     )
5.   Kuih itu dimakan oleh bapa.   (     )                  6.   Kuih itu dimakan bapa.                 (     )
7.   Kuih itu bapa makan.               (     )                  8.   Kuih itu termakan oleh bapa        (     )
9.   Kuih itu termakan bapa.          (     )                10   Kuih itu kena makan oleh bapa.   (     )
11  Kuih itu kena makan bapa.      (     )                12   Pencuri itu tertangkap polis.         (     )
13  Pencuri itu kena tangkap polis.   (     )           14  Dia basah kuyup kerana kehujanan.(     )
15  Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. (     )  
16  Saya tertarik oleh keindahan tasik itu.      (     )   

No comments:

Post a Comment