Monday, 16 April 2012

Mencari kesalahan bahasa(frasa)


Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga para pelajar:
Bil.
Ayat
Catatan
1.
Rahimah tidak menyedari akan kesilapannya ketika menjalankan percubaan itu.
menyedari / sedar akan
2.
Maimun menandingi akan kekuatan abang dalam olahraga
menandingi
3.
Kim Swee menyelesai masalah perniagaannnya yang rumit itu.
menyelesaikan
4.
Mereka sukar mengatasikan masalah penanaman padi.
mengatasi
5.
Dia menggondoli hadiah pertama dalam pertandingan itu.
menggondol
6.
Pak Salleh sudah lama menceburi diri dalam bidang sains.
menceburkan
7.
Pak Man memperisterikan Amimah yang cantik itu.
memperisteri
8.
Ibunya tidak berkenan akan keputusannya meninggalkan kampong halaman.
berkenan dengan
9.
Prof. Nawawi sedang berbicara akan kajiannya.
berbicara tentang / membicarakan
10.
Tok Wan masih tidak mempercayai akan kata-kata kawannya.
mempercayai / percaya akan
11.
Ali belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan.
menghadiahi
12.
Mak Long selalu memasak anak bongsunya nasi sebelum dia pergi bekerja.
memasakkan
13.
Sarimah amat suka dengan Sani yang tampan itu.
suka akan / menyukai
14.
Penceramah  sedang memperkatakan tentang masalah inflasi.
memperkatakan
15.
Mak Teh mengirim anaknya yang berada di perantauan beberapa pucuk surat.
mengirimi
16.
Dia suka melancong di negara Jepun.
melancong ke
17.
Rizal tidak merasa lapar kerana makanan yang disajikan tidak menyelerakan.
berasa lapar
18.
Pak Man telah membincangkan tentang hal itu dengan anak saudaranya petang semalam.
berbincang tentang / membincangkan
19.
Mangsa kemalangan dikejar ke hospital dengan segera untuk dirawat.
dikejarkan
20.
Sultan mengurniakan Pak Nawi sepersalinan.
mengurniai

No comments:

Post a Comment