Sunday, 29 April 2012

Gambar Semasa Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan Part1









Refleksi Pengajara dan Pembelajaran
Tajuk:Buah-buahan tempatan dan luar negara

Pada hari Rabu yang lepas 26 April saya telah membuat rakaman video untuk murid-murid Tahun 1 Berlian.Saya memilih tajuk buah-buahan tempatan kerana tajuk ini mudah diterima oleh kanak-kanak tambahan pula untuk murid Tahun 1 Berlian.Saya memulakan induksi dengan menyanyikan lagu Buah-buahan Tempatan dan luar negara. Murid-murid Tahun 1 nampaknya gembira menyanyi lagu itu bersama-sama saya.
Saya ingin menceritakan dahulu tentang kelebihan saya ketika mengajar murid-murid ini.Mereka dapat mengetahui tentang rupa,bentuk buah-buahan tempatan.Malahan pula mereka telah ada pengalaman sendiri makan buah-buahan tempatan dan sesetengah murid pula ada kebun durian.Ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran saya kerana mereka telah ada pengalaman sendiri. Murid-murid ini sangat aktif ketika pengajaran ini berlangsung kerana murid-murid semua mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang saya berikan.Mereka berebut-rebut hendak menjawab.Mereka dapat mengeja suku kata dengan baik.Kebanyakan murid ini pandai membaca dan menulis. Saya menayangkan slaid power-point untuk memudahkan mereka menjawab soalan dan mengeja suku kata. Murid-murid tertarik dengan gambar-gambar di slaid dan ini menyeronokkan mereka.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang mesti saya atasi secepat mungkin.Dari segi masa saya rasa seperti tidak mencukupi,jadi saya merasakan kelam kabut untuk menghabiskan pengajaran saya. Kelemahan saya ketika set induksi di mana kesilapan teknik berlaku sedikit dimana permulaan sesi pengajaran tidak dimasukkan  dalam rakaman.Seterusnya sewaktu seorang murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan saya, saya beranggapan murid ini menjawab dengan baik tetap nampaknya  begitu lama saya menunggu jawapan darinya.Masa terbuang begitu sahaja.Begitu juga dengan murid yang lain angkat tangan tetapi suara terlalu perlahan ketika menjawab soalan saya. Saya berasa  tidak puas hati dengan rakaman ini.Oleh kerana masa terlalu suntuk saya tidak dapat membuat rakaman ini semula.Tambahan pula saya tiada alat perakam video.Namun begitu saya telah cuba membuat sebaik yang mungkin.Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang membantu saya memberi pinjam alat perakam video dan membantu saya memberi buah fikiran yang bernas.Walauapapun saya akan cuba menjadi seorang guru yang baik.

Thursday, 19 April 2012

TAJUK:BUAH-BUAHAN TEMPATAN

Rajah 1 :Buah-buahan Tempatan

1.1.  RANCANGAN PELAJARAN HARIAN  BAHASA MELAYU
Tarikh/ Hari:          20 April  2012/Jumaat                   
Masa  :                  8.00 -9.00 pagi                                                   
Mata Pelajaran:    Bahasa Melayu  Tahun 1 Berlian                                   
Bilangan Pelajar: 20 pelajar                                                                                                                                                                     
Tajuk        :           Buah-buahan Tempatan dan Buah-buahan Luar Negara         
Objektif    :           Membuat pengelasan buah-buahan mengikut kategori iaitu buah-buahan tempatan dan buah-buahan luar Negara.

Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat buah-buahan tempatan,merasai buah-buahan
Tempatan dan melihat buah-buahan dari luar Negara.

Konsep : Kategori  Buah-buahan 
i)              Buah-buahan Tempatan
ii)             Buah-buahan Luar Negara

Bahan :    i)        Kad gambar
                 ii)       Gambar-gambar buah-buahan di slaid power point.
iii)            Lembaran kerja
iv)            Manila kad
v)             Gunting
vi)           Gam
vii)          Warna Pensel
Nilai :   Kerjasama dan saling membantu
Kemahiran :  Menguasai isi kandungan
                       A.    Menguasai isi kandungan-
                               i) Menyatakan nama buah-buahan Tempatan
                               ii) Mengelaskan  buah-buahan Tempatan dan buah-buahan dari luar negera
                       B      Membina kemahiran saintifik, berfikir dan dan strategi berfikir
                                i) Mengklasifikasikan buah-buahan tempatan
                       C     Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
                               i).Melibatkan diri secara aktif dalam membuat pengelasan buah-buahan
                                   mengikut  kategori.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN -  PELAJARAN 1

Langkah/masa

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Set Induksi
( 5 minit)

Fasa 1
Permulaan/ mencungkil idea
1.Menyatakan nama buah-buahan

2.Menyanyikan
lagu buah-buahan tempatan
bersama-sama


1. Guru memberi teka-teki berikut:
    Badan saya agak bujur,
    Isi saya coklat,
    Kulit saya kasar,
    Saya buah___________
2. Guru memberi ganjaran berbentuk pujian kepada murid yang berjaya menjawab teka teki
1.     Murid memberi
sepenuh perhatian.


2.  Murid cuba menjawab teka teki

Strategi / teknik:
Penyoalan seluruh kelas

Sikap saintifik:
Penglibatan aktif murid
Langkah 1
( 5 minit )

Fasa 2
Menstruktur / menstruktur semula idea
Menyatakan nama buah-buahan
1. Guru menunjukkan 3 sampul surat yang berisi kad gambar 3 jenis buah-buahan mengikut kategori
 2. Guru merangsang murid dengan mengalukan 3 orang murid datang ke hadapan untuk membuka sampul surat tersebut
3. Guru mengaitkan gambar tersebut dengan tajuk yang akan diajar  “Jenis-jenis buah-buahan”
1.  Murid memberi respon  dan 3 orang tampil ke hadapan untuk membuka sampul surat tersebut dan menunjukkan gambar tersebut kepada murid lain.
2. Murid menyebutkan nama buah-buahan yang terdapat dalam gambar
  3. Murid dapat gambaran awal tentang tajuk yang akan dipelajari
  Strategi / Teknik:
  Inkuiri penemuan
  Penyoalan secara                        
  kelas
  Sikap saintifik :      
  Penglibatan aktif


  Sumber pengajaran:
  Sampul surat
  Kad gambar 3 jenis
  buah-buahan                
Langkah 2
( 10 minit )

Fasa 2
Menstruktur / menstruktur semula idea
Menyatakan nama buah-buahan
1. Guru menayangkan slaid powerpoint gambar jenis-jenis buah-buahan mengikut kategori
1.  Murid memberi sepenuh perhatian
2.   Murid menyebutkan nama-nama buah-buah yang terdapat dalam slaid PP
3.    Murid menggunakan slaid powerpoint dengan bimbingan guru
  Strategi / teknik :
· Penyoalan seluruh kelas
·  Penggunaan media teknologi
 

    Sikap saintifik:
    Penglibatan aktif

    Sumber pengajaran :
    Slaid Power Point


Langkah 4
( 20 minit )

Fasa 3
Aplikasi  idea



Membuat pengelasan jenis-jenis buah-buahan


1. Guru mengedarkan lembaran kerja   kepada murid

2. Guru memberikan penerangan tentang aktiviti


1.   Murid mendengar dengan penuh perhatian arahan dari guru

 2.  Murid mewarnakan gambar jenis-jenis buah-buahan
 3.  Menggunting dan menampalkan gambar buah-buahan  mengikut kategori yang betul iaitu buah-buahan tempatan 


Strategi / teknik:
-Pengayaan

Aktiviti kelas secara individu

Sumber pengajaran :
Lembaran kerja,warna pensel, gunting, gam

Sikap saintifik : penglibatan aktif
Berhati-hati dalam aktiviti menggunting

Langkah 5
( 10 minit )

Refleksi


Fasa 4
Membuat kesimpulan

Membuat kesimpulan Mengklasifikasi
kan buah-buahan
1. Kuiz pendek antara kumpulan
2. Guru memberikan ganjaran         berbentuk pujian kepada murid
3. Guru meminta murid membuat kesimpulan atau rumusan
1.  Murid menjawab soalan kuiz
2.  Semua murid melibatkan diri dalam kuiz
3.  Wakil murid dari setiap kumpulan membuat rumusan tentang pengelasan yang dibuat
Strategi / teknik:
Soal – jawab

Wednesday, 18 April 2012


Ayat yang berikut mengandungi kesalahan bahasa dari segi frasa kerja transitif dan tak transitif yang lazimnya dilakukan oleh pengguna bahasa dan juga para pelajar:
Bil.
Ayat
Catatan
1.
Rahimah tidak menyedari akan kesilapannya ketika menjalankan percubaan itu.
menyedari / sedar akan
2.
Maimun menandingi akan kekuatan abang dalam olahraga
menandingi
3.
Kim Swee menyelesai masalah perniagaannnya yang rumit itu.
menyelesaikan
4.
Mereka sukar mengatasikan masalah penanaman padi.
mengatasi
5.
Dia menggondoli hadiah pertama dalam pertandingan itu.
menggondol
6.
Pak Salleh sudah lama menceburi diri dalam bidang sains.
menceburkan
7.
Pak Man memperisterikan Amimah yang cantik itu.
memperisteri
8.
Ibunya tidak berkenan akan keputusannya meninggalkan kampong halaman.
berkenan dengan
9.
Prof. Nawawi sedang berbicara akan kajiannya.
berbicara tentang / membicarakan
10.
Tok Wan masih tidak mempercayai akan kata-kata kawannya.
mempercayai / percaya akan
11.
Ali belum pernah menghadiahkan emak saudaranya jam tangan.
menghadiahi
12.
Mak Long selalu memasak anak bongsunya nasi sebelum dia pergi bekerja.
memasakkan
13.
Sarimah amat suka dengan Sani yang tampan itu.
suka akan / menyukai
14.
Penceramah  sedang memperkatakan tentang masalah inflasi.
memperkatakan
15.
Mak Teh mengirim anaknya yang berada di perantauan beberapa pucuk surat.
mengirimi
16.
Dia suka melancong di negara Jepun.
melancong ke
17.
Rizal tidak merasa lapar kerana makanan yang disajikan tidak menyelerakan.
berasa lapar
18.
Pak Man telah membincangkan tentang hal itu dengan anak saudaranya petang semalam.
berbincang tentang / membincangkan
19.
Mangsa kemalangan dikejar ke hospital dengan segera untuk dirawat.
dikejarkan
20.
Sultan mengurniakan Pak Nawi sepersalinan.
mengurniai