Tuesday, 1 May 2012

Khas untuk pensyarah yang menilai

Salam sejahtera,
Terima kasih kepada Encik Mohd.Nazri dan Pn.Suhana yang telah memberi komen membina dalam menghasilkan blog yang tidak seberapa ini.Saya telah mencubanya sebaik mungkin.Namun begitu mungkin banyak terdapat kelemahan-kelemahan saya sebagai insan biasa. Sebelum ini saya memang tidak pernah menghasilkan apa-apa blog jadi saya agak panik juga.Tambah pula Encik Mohd.Nazri komen belum ada post apa-apa dan Pn.Suhana komen saya tidak mengikut ciri-ciri mengikut soalan. Oleh kerana ini adalah sebahagian dari markah asigment saya,maka sedaya upaya saya melapangkan waktu mengadap blog ini.Kawan-kawan juga serta keluarga banyak membantu saya.Terima kasih semua dan esok blog saya akan mula dinilai oleh pensyarah.Harap maaf sekiranya tidak mengikut kehendak penilai.

Sunday, 29 April 2012

Gambar Semasa Pengajaran dan Pembelajaran sedang dijalankan Part1









Refleksi Pengajara dan Pembelajaran
Tajuk:Buah-buahan tempatan dan luar negara

Pada hari Rabu yang lepas 26 April saya telah membuat rakaman video untuk murid-murid Tahun 1 Berlian.Saya memilih tajuk buah-buahan tempatan kerana tajuk ini mudah diterima oleh kanak-kanak tambahan pula untuk murid Tahun 1 Berlian.Saya memulakan induksi dengan menyanyikan lagu Buah-buahan Tempatan dan luar negara. Murid-murid Tahun 1 nampaknya gembira menyanyi lagu itu bersama-sama saya.
Saya ingin menceritakan dahulu tentang kelebihan saya ketika mengajar murid-murid ini.Mereka dapat mengetahui tentang rupa,bentuk buah-buahan tempatan.Malahan pula mereka telah ada pengalaman sendiri makan buah-buahan tempatan dan sesetengah murid pula ada kebun durian.Ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran saya kerana mereka telah ada pengalaman sendiri. Murid-murid ini sangat aktif ketika pengajaran ini berlangsung kerana murid-murid semua mengangkat tangan untuk menjawab soalan yang saya berikan.Mereka berebut-rebut hendak menjawab.Mereka dapat mengeja suku kata dengan baik.Kebanyakan murid ini pandai membaca dan menulis. Saya menayangkan slaid power-point untuk memudahkan mereka menjawab soalan dan mengeja suku kata. Murid-murid tertarik dengan gambar-gambar di slaid dan ini menyeronokkan mereka.

Namun begitu terdapat beberapa kelemahan yang mesti saya atasi secepat mungkin.Dari segi masa saya rasa seperti tidak mencukupi,jadi saya merasakan kelam kabut untuk menghabiskan pengajaran saya. Kelemahan saya ketika set induksi di mana kesilapan teknik berlaku sedikit dimana permulaan sesi pengajaran tidak dimasukkan  dalam rakaman.Seterusnya sewaktu seorang murid mengangkat tangan untuk menjawab soalan saya, saya beranggapan murid ini menjawab dengan baik tetap nampaknya  begitu lama saya menunggu jawapan darinya.Masa terbuang begitu sahaja.Begitu juga dengan murid yang lain angkat tangan tetapi suara terlalu perlahan ketika menjawab soalan saya. Saya berasa  tidak puas hati dengan rakaman ini.Oleh kerana masa terlalu suntuk saya tidak dapat membuat rakaman ini semula.Tambahan pula saya tiada alat perakam video.Namun begitu saya telah cuba membuat sebaik yang mungkin.Saya berterima kasih kepada sahabat saya yang membantu saya memberi pinjam alat perakam video dan membantu saya memberi buah fikiran yang bernas.Walauapapun saya akan cuba menjadi seorang guru yang baik.